Kami Adalah Mamasab International Sdn Bhd

Mamasab International Sdn Bhd (dulunya Sabrina Bakery Sdn Bhd) merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan (desserts) selain produk-produk kelengkapan rumah yang lain, dengan menggunakan sistem ejen dropship.

Mamasab international kini sudah memiliki 12 cawangan seluruh Malaysia, dengan hasil jualan sebanyak 100 juta untuk tahun 2020. Kini Mamasab sudah melebarkan sayap di dalam bidang kosmetik, fesyen dan kelengkapan rumah dan mensasarkan sebanyak 35 cawangan pada tahun 2021.

Anugerah & Pengiktirafan

Kenali Pengasas Mamasab International

Mamasab diasaskan oleh Pn. Siti Sabrina bt Sobri atau lebih dikenali sebagai nama Mama Sabrina @ MamaSab. Beliau merupakan bekas radiographer disebuah hospital kerajaan yang bertempat di Lembah Klang.

Mama Sabrina memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah beliau di Klang, pada tahun 2015. Pada waktu itu, Mama Sabrina banyak belajar resepi kek melalui kelas-kelas dan video youtube.

Demi mengembangkan perniagaan mamasab, Pn Sabrina sanggup belajar dari bermacam-macam guru pakar perniagaan di Malaysia. Alhamdulillah, cawangan Mamasab pertama di buka pada tahun 2018 di Petaling Jaya, dan dalam tempoh 3 tahun saja, Mamasab kini sudah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.

Siti Noor Sabrina Binti Sobri

1

Bekas Graduan Dari University Malaysia (UM), bidang Radiography.
2

Minat yang mendalam terhadap kek, membuatkan beliau mencuba bidang bakery dengan menerima permintaan daripada orang sekeliling.
3

Semangat beliau terhadap bidang bakery sangat kuat sehingga sanggup menghadiri kelas bakery yang dianjurkan oleh bakerbaker terkenal di Malaysia.
4

Dari 2014, Mamasab telah membina peminat melalui kek yang dijual.
5

Atas sokongan dan dorongan daripada keluarga, maka terciptalah “Sabrina Bakery” yang juga dikenali sebagai “Premium Bakery” yang menjual kek dengan harga berpatutan.
6

Tahun demi tahun, permintaan semakin meluas, maka pada 2019, beliau berjaya membuka 8 cawangan setelah 2 tahun membuka cawangan pertamanya dan mempunyai hampir 5,000 pengedar Mamasab Warrior seluruh Malaysia.
7

Kini Mamasab International Sdn. Bhd. Bukan sahaja sekadar perniagaan kek dan biskut, malah kini memiliki aliran baru iaitu bidang kosmetik dan lain-lain demi meluaskan lagi jenama Mamasab.

Mamasab Merupakan Bisnes Berkonsepkan Kekeluargaan

Bisnes Mamasab merupakan bisnes yang berkonsepkan kekeluargaan. Nilai keluarga di pegang oleh founder Mama Sabrina, yang menganggap dirinya sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab membimbing dan mendidik seluruh staff, ejen dan jemaah runner Mamasab.

Mama Sabrina merupakan founder yang amat mudah didekati, yang sentiasa mengajak ejen dan dropship nya ke rumah. Beliau juga sangat santai dan “sempoi” dengan semua team Mamasab.